Info Daerah Hilir_Perak

Peta Daerah Hilir Perak

Lokasi

Daerah Hilir Perak terletak di selatan Negeri Perak sempadan dengan Bagan Datuk di sebelah selatan dan Selat Melaka di sebelah Barat. Ia juga bersempadan dengan daerah-daerah Batang Padang di sebelah Timur dan sempadan-sempadan Perak Tengah dan Manjung di sebelah Utara dan Barat Lautnya. Kerajaan tempatan yang mentadbir di daerah ini ialah Majlis Perbandaran Teluk Intan.

Keluasan

Luas Hilir Perak ialah 166,306 Ha (415,766 Ekar) iaitu keenam dari segi keluasan kawasan daerah dalam Negeri Perak Darul Ridzuan

Mukim

Daerah Hilir Perak terbahagi kepada sembilan buah mukimĀ :

Bandar dan pekan:

  1. Bandar Teluk Intan
  2. Pekan Batak Rabit
  3. Pekan Chikus
  4. Pekan Degong
  5. Pekan Jenderata
  6. Pekan Langkap
  7. Pekan Simpang Tiga
  8. Pekan Sungai Sumun

Guna Tanah

Keluasan tanah yang diusahakan untuk pertanian ialah seluas 127,000 Hektar yang merupakan 77% daripada keseluruhan luas kawasan Daerah Hilir Perak. Daripada luas kawasan tersebut, seluas 75,600 Hektar atau 59.5% adalah kepunyaan Estet manakala 51,400 Hektar adalah kepunyaan pekebun kecil. Daerah Hilir Perak merupakan kawasan terbesar yang ditanam dengan Kelapa Sawit dan Koko/Kelapa iaitu masing-masing 65.5%, 15.2% dan Kelapa Kelapa seluas 8%.

Penduduk

Unjuran penduduk di daerah ini pada tahun 2010 ialah 230 000 orang dan separuh darinya merupakan populasi bandar Teluk Intan.

Ekonomi

Sektor pertanian, perikanan serta pembuatan merupakan penyumbang utama ekonomi daerah Hilir Perak. Terdapat perancangan untuk mewujudkan industri penapisan petroleum serta perindustian bijih besi di Rungkup, Bagan Datoh dimana peroleum yang dihantar melalui kapal tangki akan ditapis dan disalurkan menggunakan paip ke Kelantan dan kapal tangki yang lain akan mengambil petroleum tersebut.